fbpx

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebook, antara kawasan yang terbabit ialah Perak iaitu melibatkan daerah Hilir Perak.

“Selain itu, bagi Semenanjung, amaran tersebut turut dikeluarkan bagi Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Port Dickson).

“Di Sarawak, antara daerah terlibat ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis).

“Bagi Sabah pula, kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) adalah kawasan yang terlibat,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini akan berkuat kuasa sehingga 7 malam, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI