fbpx

Guna gambar Khairul Aming tipu orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara contoh iklan penipuan yang menggunakan gambar pempengaruh terkenal di laman Facebook.

PETALING JAYA – Orang ramai diminta agar tidak mudah tertipu dengan iklan di laman Facebook yang menggunakan wajah pempengaruh terkenal, Khairul Aming untuk meraih perhatian.

Iklan yang dimuat naik oleh ‘scammer’ tersebut bukan sahaja didalangi oleh akaun palsu, ia juga dipenuhi dengan pautan yang dikhuatiri berbentuk penipuan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, akaun palsu tersebut menggunakan gambar Khairul Aming yang dimanipulasi secara digital seolah-olah sedang mempromosikan produk tersebut.

Malah, akaun tersebut juga menjual barangan palsu yang kononnya dijual dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran.

Antara selebriti tempatan yang pernah menjadi ‘modal’ penipuan serupa ialah Datuk Aznil Nawawi, Hairul Azreen dan Shuib.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan kerisauan mereka mengenai iklan berbentuk scam terutamanya di laman Facebook.

“Ayah saya selalu percaya iklan macam ini. Tapi iklan ubat ubatan. Scammer pula letak video yang bagi tips kesihatan. Pastu dia letak produk ni sarankan.

“Harga bukan murah, RM200 lebih juga. Tapi itulah, orang tua mana dengar cakap,” kata Dee Lana.

“Aku dah terkena. Aku baru je pesan jam tangan dari scammer ini. Bila buka Facebook, baru perasan akaun palsu,” kata Ben.

“Ini mesti scammer, ayat pun berterabur,” kata Aiman.

“Jangan lupa laporkan kalau jumpa iklan scam sebegini,” kata Rusly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI