PETALING JAYA – Gempa bumi bersaiz sederhana berukuran 5.0 magnitud telah melanda Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada pukul 8.43 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi hantaran di laman Facebook berkata, lokasi gempa itu dikesan pada kedalaman 138 kilometer (km) dengan jarak 451 km Tenggara dari Ambon, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia atau MetMalaysia setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE