fbpx

EPL: Kredibiliti Howe mula dipersoal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO dikaitkan dengan jawatan di Newcastle selepas kedudukan Howe goyah ketika ini. - AFP

NEWCASTLE – Tekanan kian memuncak buat pengurus Newcastle United, Eddie Howe selepas pihak pengurusan mula mempersoalkan kredibiliti yang dimiliki ekoran aksi mengecewakan dalam sembilan perlawanan terakhir.

Prestasi The Magpies merudum secara tiba-tiba sehingga menyaksikan mereka tewas tujuh daripada sembilan perlawanan terakhir selain sudah tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Piala Liga Inggeris (EFL).

Tambah parah, Newcastle juga terperosok ke kedudukan kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL), 11 mata dibezakan dengan kelompok empat teratas yang menjadi sasaran mereka pada saingan musim ini.

Justeru, masa depan Howe dijangka sudah berada di hujung tanduk apabila Newcastle dilaporkan sedang berkira-kira untuk mendapatkan khidmat jurulatih AS Roma, Jose Mourinho sebagai pengurus baharu.

Newcastle dikatakan memiliki harapan cukup cerah untuk membawa masuk bekas pengendali Chelsea itu memandangkan kontraknya bersama Roma akan tamat sebaik sahaja saingan musim ini melabuhkan tirainya.

Bagaimanapun, The Magpies perlu melakukan tawaran menarik kepada jurulatih dari Portugal itu memandangkan Persatuan Bola Sepak (FA) England turut berminat mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan Gareth Southgate.

Rekod hebat Mourinho yang pernah memenangi 26 trofi, termasuk tiga gelaran Liga Perdana sepanjang bergelar pengurus menjadikan beliau sebagai calon tepat untuk membawa Newcastle ke satu tahap lebih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI