fbpx

‘Dia nak bunuh aku ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @nanaabdulrazak5 menerusi akaun TikTok.

PETALING JAYA – “Dia nak bunuh aku ke apa?” Demikian luahan seorang wanita apabila menerima pesanan nasi gorengnya yang terlebih cili padi.

Hantaran tersebut telah dikongsi di TikTok @nanaabdulrazak5 yang memaparkan sebahagian daripada polisterin makanan itu dipenuhi dengan cili padi.

“Aku pesan nasi goreng cili padi tadi tapi kau tengoklah cili padi dia. Dia nak bunuh aku ke? Banyak betul. Aku ini dari tadi duduk mengasingkan cili.

“Sumpah mak (aku) rasa nak pitam masuk hospital. Merana mak (aku) woi tahun baru, pedas gila! Aku seram nak ke tandas nanti,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial mengakui itulah yang dinamakan ‘nasi goreng cili padi’.

“Ini baru nasi goreng cili padi,” komen seorang pengguna laman sosial.

“Sedapnya! Selalunya nasi goreng cili padi tiga hingga empat batang cili je. Ini yang kita mahukan,” komen Elyn.

“Aku pernah kena, sampai sekarang aku dah tak pergi dah kedai tu,” komen Aisyah.

“Mana nak order ni? Sebab selalu order extra pedas tapi tak pedas pun,” tulis @djcolla_. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI