fbpx

Cinta bersegi punca suami tikam kekasih isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menikam mangsa yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. – Facebook

BANGKOK –  Seorang lelaki di wilayah Ratchaburi, Thailand menyerah diri kepada polis selepas menikam kekasih gelap isterinya di luar sebuah kedai serbaneka kerana  cemburu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian pada 1 Januari lalu sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan), mangsa dikenali sebagai Wancha maut selepas ditikam oleh suspek, Prasert.

Mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek, Rattana.

Menurut beberapa saksi, Rattana dan kekasih suspek, Phontiya bertengkar di luar premis berkenaan sebelum kedua-dua teman lelaki mereka cuba meleraikan pergaduhan itu.

Suspek yang memegang pisau kemudian menikam mangsa yang ketika itu cuba melindungi Rattana.

Lelaki berkenaan menyerah diri kepada polis keesokan harinya.

Menurut laporan, Rattana serta mangsa menjalinkan hubungan sulit dan tidak lama selepas mengetahui kecurangan isterinya, suspek turut curang bersama Phontiya.

Suspek berdepan dua pertuduhan termasuk membunuh dengan sengaja dan membawa pisau di tempat awam.

Sementara itu, Rattana dan Phontiya pula berdepan pertuduhan menyerang individu lain secara fizikal atau mental. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI