fbpx

Bukit Aman siasat isu campur tangan MKI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu yang membuat kenyataan campur tangan isu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga menganggu siasatan.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara.

Terdahulu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan lalu.

Susulan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI