fbpx

Berani kritik beriani, pekerja restoran belasah pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 pekerja restoran terbabit ditahan polis selepas insiden itu. – India Times

NEW DELHI –  Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan  beberapa pekerja sebuah restoran membelasah sebuah keluarga kerana merungut  hidangan nasi beriani yang didakwa mentah, lapor laman berita India Times semalam.

Kejadian berlaku Ahad lalu di restoran Hyderabadi Biryani di Hyderabad, India.

Pertelingkahan bermula apabila sebuah keluarga yang makan di situ membuat aduan mengenai nasi beriani yang dikatakan tidak dimasak secara betul.

Seorang pelayan restoran kemudian menggantikan hidangan baharu, namun kumpulan pelanggan berkenaan berasa marah apabila mendapati mereka dikenakan caj bagi beriani tersebut.

Menurut mereka, hidangan itu tidak sepatutnya dikenakan caj memandangkan ia tidak dimasak dengan sempurna.

Salah seorang anggota  keluarga itu kemudian menampar pelayan berkenaan, menyebabkan rakan-rakan sekerja  lain bertindak balas terhadap mereka.

Dalam video yang tular, seramai 10 pekerja muncul sambil membawa beberapa peralatan termasuk kerusi dan berus pencuci tandas, lantas menyerang keluarga berkenaan.

Mangsa  merayu agar serangan dihentikan, namun kumpulan pekerja premis berkenaan terus membelasahnya.

Polis tiba di lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menahan semua pekerja terbabit, manakala restoran itu diarah tutup pada hari berkenaan.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI