fbpx

Bapa usah kekok tunjuk kasih sayang kepada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kaum Adam yang bergelar bapa tidak seharusnya membiarkan rasa kekok menjadi penghalang daripada menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak.

Selain mengucapkan rasa sayang secara lisan, ada banyak lagi langkah yang boleh dilakukan oleh seorang bapa untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga .

Menurut sebuah perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), masa bersama anak, terutamanya ketika mereka masih kecil adalah sangat singkat.

“Oleh itu, hargailah tempoh tersebut dan bekalkan anak anak dengan kenangan indah bersama ibu bapa dan keluarga.

“Kenangan indah semasa kanak kanak, walaupun ia perkara yang kecil, tetapi anak masih ingat sehingga kini,” katanya.

Tambah PHM, bapa boleh luangkan masa bersama anak, beri pujian dan ajar mereka perkara baharu sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak.

“Tidak ada ibu bapa yang tidak sayangkan anak sendiri. Bagaimanapun, mungkin ada antara kita yang kekok untuk menunjukkan kasih sayang tersebut terhadap anak-anak.

“Sebagai penyelesaian, kaum bapa boleh tunjukkan rasa sayang tersebut secara fizikal tanpa perlu berkata ‘papa sayang kamu’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI