fbpx

Bank Rakyat sasar pembiayaan mikro RM50 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan (dua dari kiri) pada sidang media di Menara Kembar Bank Rakyat di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menyasarkan untuk menyalurkan pembiayaan mikro sekitar RM50 juta
kepada usahawan dan syarikat perusahaan mikro sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, ia merupakan sokongan berterusan Bank Rakyat terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM50 juta kepada 1,856 usahawan dan syarikat perusahaan mikro sepanjang tahun 2023.

“Bagi tahun ini Bank Rakyat menyasarkan untuk menyalurkan jumlah pembiayaan mikro yang hampir sama,” katanya pada sidang media bagi sesi taklimat khas di Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Ramanan berkata, pembiayaan mikro Bank Rakyat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan PMKS sebagai agenda utama transformasi ekonomi negara menerusi inisiatif Ekonomi Madani.

Menurut beliau, agenda dan inisiatif itu dirangka berlandaskan faktor kemasyarakatan, nilai dan norma masyarakat yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani.

Ujar beliau, usaha itu malah dapat dilihat menerusi penyaluran pembiayaan mikro Bank Rakyat tahun lalu berjumlah RM43.5 juta kepada perusahaan Bumiputera, manakala masyarakat Cina menerima pembiayaan RM5.4 juta dan masyarakat India RM1.04 juta.

“Komitmen Bank Rakyat dalam mengupaya lebih ramai usahawan dan perniagaan berskala kecil dan sederhana daripada setiap lapisan masyarakat juaa mampu membantu kerajaan mencapai aspirasi pembasmian miskin tegar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI