fbpx

Agrobank umum pelan bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli Shah

PETALING JAYA – Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir bagi para pelanggan sedia adanya yang terkesan berikutan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah
Raja Hussin berkata, ini adalah pelan bantuan pembayaran yang melibatkan penjadualan dan/atau penstrukturan semula pembiayaan serta tawaran mo­ratorium sehingga enam bulan,
khusus untuk mereka yang layak sahaja.

Menurut beliau, pelan ini ditawarkan kepada pelanggan Agrobank yang terjejas akibat banjir di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan ne­geri-negeri lain di seluruh negara.

“Kami memahami kesukaran pelanggan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

“Agrobank proaktif dalam merangka pelan-pelan khusus untuk mengurangkan beban yang dihadapi mereka dan diharapkan bantuan pembayaran ini dapat membantu mereka mengharungi tempoh mencabar ini.

“Kami dimaklumkan ada di antara pelanggan kami yang mengalami kerosakan pada harta benda, ladang dan kegiatan pertanian mereka.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sumber pendapatan dan perniagaan mereka,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini.

Tengku Ahmad menjelaskan, ada juga pelanggan memerlukan penangguhan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka untuk memulihkan semula perniagaan.

“Sehubungan itu, bagi pelanggan yang layak, mereka boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan bagi membina semula perniagaan masing-masing.

“Kami di Agrobank juga akan turut menghubungi para pelanggan kami bagi membantu mereka menghadapi situasi ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI