fbpx

Thailand mahu turunkan had umur pesalah jenayah kepada 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menggari remaja berusia 14 tahun yang melepaskan tembakan di Siam Paragon Mall, Bangkok pada 3 Oktober tahun lalu. – AFP

BANGKOK  – Kerajaan Thailand mahu  menurunkan had umur sabitan kesalahan jenayah daripada 15 tahun kepada 12 tahun dalam usaha untuk melakukan perubahan besar-besaran ke atas sistem keadilan negara, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Langkah itu susulan kebimbangan mengenai peningkatan  jenayah ganas yang dilakukan oleh pesalah muda.

Perbincangan mengenainya didedahkan kelmarin oleh Leftenan Jeneral (Polis), Torsak Sukwimol di Pejabat Polis Negara.

Beliau merujuk kepada kes  seorang remaja berumur 14 tahun yang  terlibat dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon pada 3 Oktober lalu.

Menyedari pandangan umum bahawa undang-undang semasa bagi menangani jenayah  juvana adalah ringan serta berpotensi tidak memberi keadilan buat mangsa, Torsak berkata, polis telah merujuk aspek tersebut bersama beberapa agensi berkaitan.

Pihaknya juga mengkaji beberapa contoh kes serupa di luar negara.

Isu itu akan dibincangkan secara serius kerana jenayah keganasan yang dilakukan oleh remaja bawah umur telah menjadi semakin teruk dan lebih kerap, selain usia pesalah juga semakin muda, lapor akhbar KhaoSod. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI