fbpx

Rombongan berkelah, makan tepi lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan tersebut duduk dengan santai di bahu jalan selepas memberhentikan kenderaan mereka. – Instagram

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial memaparkan perbuatan sekumpulan individu yang makan di bahu jalan  di sebuah lebuh raya di Indonesia, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam video tersebut, kumpulan dikatakan pelancong tempatan itu santai  duduk di bahu jalan selepas memberhentikan kenderaan mereka.

Sedang enak menikmati makanan, sebuah kereta peronda  polis menghampiri lalu mengarahkan mereka supaya  beredar.

“Sila kemaskan semua barangan anda dan makan di kawasan rehat yang lebih selamat,” kata anggota polis.

Kumpulan itu kemudian mengemas barangan mereka, namun salah seorang didengari berkata: “Mahu makan pun tak boleh.”

Mendengar keluhan itu, anggota  polis berkenaan memberikan penjelasan secara tegas mengenai bahaya yang menanti akibat perbuatan mereka.

“Bukan salah makanan tetapi tempat ini dilarang (untuk makan) kerana ia berbahaya,” kata polis.

Plaza tol Cipali yang berada hampir dengan lokasi tersebut dilaporkan sering berlaku kemalangan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Berani betul makan bekal yang dibawa di situ,” kata seorang netizen.

“Berpiknik di tol,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI