fbpx

Robot humanoid bakal ke angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fungsi atau tugas robot humanoid di angkasa lepas adalah mengendalikan tugas-tugas berisiko, jadi angkasawan dapat menumpukan hal-hal yang lebih penting.

BERDIRI pada ketinggian 188 sentimeter dan seberat 136 kilogram, robot humanoid Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Valkyrie dikatakan sudah boleh beroperasi di angkasa lepas.

Valkyrie yang dinamakan sempena tokoh wanita dalam mitologi Norse kini sedang diuji di Johnson Space Center di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Pasukan Robotik Dexterous NASA, Shaun Azimi, robot ini direka untuk beroperasi dalam persekitaran kejuruteraan manusia yang terjejas seperti kawasan dilanda bencana alam.

“Robot humanoid menyerupai manusia, biasanya dengan tubuh, kepala, dua tangan dan dua kaki.

“Jurutera percaya dengan perisian yang betul, robot humanoid akhirnya akan dapat berfungsi sama seperti manusia serta menggunakan alat dan peralatan yang sama,” katanya.

Tambahnya, robot humanoid di angkasa lepas berpotensi mengendalikan tugas berisiko seperti membersihkan panel solar atau memeriksa peralatan yang gagal berfungsi di luar kapal angkasa supaya angkasawan boleh mengutamakan penerokaan dan penemuan.

Katanya lagi, kewujudan robot humanoid juga bukan untuk menggantikan kru manusia, tetapi bagi menggantikan kerja yang berbahaya dalam tugas angkasawan selain membolehkan mereka memberi tumpuan kepada aktiviti lebih penting.

NASA telah bekerjasama dengan syarikat robotik seperti Apptronik yang berpangkalan di Austin, Texas untuk mempelajari cara robot humanoid dibangunkan.

Apptronik juga pada masa ini sedang membangunkan Apollo, robot humanoid yang tugasnya bekerja di gudang dan kilang pembuatan dengan memindahkan bungkusan dan menyusun pelet.

Syarikat itu merancang untuk mula menyediakan robot humanoid kepada syarikat-syarikat pada awal tahun 2025.

Ketua Pegawai Teknologi Apptronik, Nick Paine berkata. Apollo mempunyai kelebihan yang jelas berbanding rakan sejawatnya, terutama aspek ketahanan.

“Kami menyasarkan robot ini mempunyai bateri yang boleh ditukar, jadi ia boleh bekerja selama empat jam kemudian baterinya ditukar lagi dan dalam tempoh yang sangat cepat.

“Pendekatannya ialah kami akan menggunakannya bermula di gudang dan di bahagian pembuatan, tetapi kemudian beralih kepada penghantaran dan lebih banyak lagi tugas pada masa akan datang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI