TUJUH tahun mendirikan rumah tangga, pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa mengakui perkara paling remeh dalam sesebuah perkahwinan adalah menjaga perhubungan.
Menurut ibu anak satu itu, mana-mana wanita yang masih solo disaran supaya menikmati waktu tanpa komitmen sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Kata Acha, pasangan berkahwin perlu membahagikan masa dan tidak bergaduh disebabkan isu komunikasi.
“Kamu secara dasarnya membahagi badan kamu untuk suami dan anak. Kamu tiada lagi privasi, mungkin lebih teruk berdepan kehilangan identiti.
“Apabila berhadapan perasaan seperti ini, komunikasi dengan pasangan paling penting demi menjaga kesihatan mental,” ujar yang kini tinggal di Australia mengikut suaminya, Vicky Kharisma anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma, 6.