TEL AVIV – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengecam sekutu rapat Rejim Zionis, Amerika Syarikat(AS) selepas Washington mengkritik desakannya untuk memindahkan penduduk Palestin keluar dari Semenanjung Gaza.
“AS ialah kawan baik kami, namun pertama sekali, kami akan melakukan yang terbaik untuk Israel iaitu pengusiran ratusan ribu penduduk Palestin dari Gaza. Ini akan membolehkan penduduk Israel pulang ke rumah mereka dan hidup dalam keadaan selamat. Tindakan sedemikian juga melindungi tentera Israel,” katanya di laman X lewat semalam.
Dia berkata demikian selepas Jabatan Negara AS mengkritik gesaannya untuk memindahkan penduduk Gaza sebagai “mengundang kemarahan dan tidak bertanggungjawab.”
Washington sebelum ini memanggil kedua-dua Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich yang menyeru supaya peneroka haram Israel kembali ke Gaza dan penduduk Palestin berpindah keluar.
“Gaza adalah tanah Palestin dan akan kekal sebagai tanah Palestin,” kata Jabatan Negara AS.
Mengusir orang awam semasa konflik atau mewujudkan keadaan yang tidak boleh didiami untuk mengusir mereka adalah jenayah perang.
Sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah dipaksa keluar dari rumah mereka ketika pertempuran antara militan Hamas dan Israel berterusan selama hampir tiga bulan.
Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, sekurang-kurangnya 22,185 orang terbunuh dalam perang itu, kebanyakan