fbpx

Lelaki belasah isteri, berang tutup pintu rumah kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Berang pintu rumah ditutup dengan kuat, seorang lelaki bertindak memukul isterinya sehingga cedera dalam kejadian di Taman Maju Jaya, di sini,kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 2 pagi.

Katanya, wanita tempatan berusia 40 tahun itu memaklumkan telah berselisih faham dengan suaminya (suspek).

“Semasa bertengkar, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan wanita itu mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami kecederaan “soft tissue injury” pada tangan kanan, jari tengah sebelah kanan dan kaki kanan.

Jelas Mohd Azam, susulan laporan polis yang dibuat, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun telah ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya sekitar pukul 5.25 petang, semalam.

“Suspek ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat. Suspek tiada rekod jenayah lampau dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Punca kejadian bermula kerana tidak berpuas hati apabila mangsa menutup pintu dengan kuat dan kemudiannya berlaku pertengkaran. Ini juga kali pertama suspek memukul isterinya,” ujarnya.

Justeru itu, Mohd Azam memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan merujuk kepada dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga merujuk kepada kesalahan boleh tangkap.

Jelasnya, reman terhadap suspek akan dipohon di Mahkamah Ampang, esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI