fbpx

KSM naik taraf latihan keselamatan, kesihatan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim (tengah) ketika melawat ibu pejabat NIOSH di Bandar Baru Bangi, hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia komited dalam mengukuhkan program Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP) bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja negara terbela.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perkara itu bakal dilaksanakan menerusi agensi, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

“NIOSH akan memberi komitmen padu bagi memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua pekerja terjamin.

“Langkah itu juga selari dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan perlindungan terhadap pekerja melalui penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) (Pindaan) 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan rasmi pertama ke ibu pejabat NIOSH di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengarah Eksekutif NIOSH Tuan Haji Ayop Salleh.

Sebelum ini, media melaporkan dua kes kemalangan maut di tempat kerja yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, baru-baru ini.

Ia membabitkan insiden pekerja teknikal, R Tinesh Kumar, 28, maut apabila kepalanya tersepit pada pintu lif ketika menyelenggara fasiliti itu di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang pada 26 Disember 2023.

Satu lagi kejadian membabitkan pekerja kilang, Nur Ahmad Yusoff Muei, 22, meninggal dunia akibat terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan tugas pembersihan di Banting, Selangor, pada 27 Disember 2023.

Justeru, beliau berkata, dua kes tersebut menunjukkan bahawa penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) (Pindaan) 2022 perlu dilaksanakan dengan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI