fbpx

Konflik Palestin-Israel: ‘Haiwan di zoo kelaparan, begitu juga kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haiwan di Zoo Rafah turut berdepan kebuluran

PETALING JAYA – Tindakan kejam rejim Zionis Israel terhadap Palestin bukan hanya menyebabkan penduduk sengsara, bahkan haiwan-haiwan di zoo juga antara makhluk yang berdepan krisis kebuluran.

Menerusi video dikongsikan TRT World, pemilik Zoo Rafah dikenali sebagai Ahmed Gomaa memberitahu, selain ketiadaan makanan dan air, bekalan ubat juga terhad untuk haiwan-haiwan tersebut.

“Contohnya singa, kami cuba untuk beri makanan setiap minggu dan kadangkala, kami tidak dapat berbuat demikian. Monyet pula sudah empat ekor mati,” katanya pada hantaran tersebut.

Seorang doktor veterinar, Sofian Abdeen berkata, banyak kes kematian setiap hari disebabkan kebuluran, lemah serta anemia.

Dalam pada itu, seorang penduduk Palestin, Adel Gomaa memberitahu, dia bersama keluarga berlindung di zoo tersebut dan sangat menyakitkan melihat haiwan di situ turut berjuang untuk hidup.

“Keluarga kami tinggal di zoo bersama-sama haiwan yang lebih penyayang daripada penjajah Israel. Kita minta mereka simpati kepada manusia dan haiwan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI