PETALING JAYA – “Darah kami dan jiwa kami tidak lebih berharga atau lebih berharga daripada mana-mana mereka yang syahid,” demikian kenyataan Timbalan Ketua Kumpulan Pejuang Hamas, Saleh Al-Arouri.
Al-Arouri berkata menerusi satu temu bual dan video tersebut dikongsikan Quds News Network pada aplikasi X malam tadi, selepas beliau dilaporkan syahid dalam serangan dron rejim Zionis di Beirut, Lubnan.
Dalam video tersebut, beliau memberi maklum balas selepas ditanya hos rancangan mengenai ugutan bunuh diterimanya beberapa bulan lalu dan sama ada pembunuhannya menandakan permulaan perang.
“Abu Ammar telah syahid bersama Sheikh Ahmed Yassin serta pemimpin-pemimpin Hamas yang lain. Begitu juga Abu Ali Mustafa serta ribuan mereka yang telah syahid.
“Pertama dan terakhir, syahid yang mendahului kami dalam sehari adalah lebih tinggi,” tegasnya dalam temu bual tersebut.
Terdahulu media melaporkan, Al-Arouri disahkan terkorban dalam serangan dron rejim Zionis di Beirut, Lubnan semalam.
Al-Arouri, 57, adalah pemimpin kanan politik Hamas pertama yang syahid sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat terhadap Gaza pada 7 Oktiber lalu. – KOSMO! ONLINE