ALOR SETAR – Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah bersetuju meluluskan cuti peristiwa pada 25 Januari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemberian cuti peristiwa itu bertujuan memberi kemudahan kepada penganut agama Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.
“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, Kedah menyambut baik pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) dan sedia bekerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) bagi menjayakan pelaksanaan itu. – KOSMO! ONLINE