BIARPUN telah sah bercerai, penyanyi Virgoun dan bekas isterinya, Inara Rusli masih bertelagah di mahkamah.
Persengketaan mereka berlanjutan apabila Virgoun memfailkan saman terhadap Irana atas kesalahan wanita itu membuka akses telefon bimbit miliknya tanpa izin.
Inara didakwa membaca segala butiran dalam telefon bimbit sewaktu mereka masih suami isteri.
Tuntutan berkenaan disifatkan Inara sebagai mengelirukan kerana sebagai pasangan, menjadi kebiasaan buat isteri melihat telefon suami sendiri.
“
Kalau memang betul saya lakukan (buka telefon tanpa izin), penjarakan saja saya.
“Ramai pasangan suami isteri yang memang mahu lihat isi telefon bimbit pasangan masing-masing.
“Malah ada yang pakai kata laluan yang sama. Dia (Virgoun) yang beri telefonnya kepada saya, jadi saya bingung bila dituduh melihat tanpa izin,” katanya yang bercerai dengan Virgoun pada November lalu.