fbpx

Gas Malaysia teraju usaha tenaga hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap.

PETALING JAYA – Anak syarikat milik penuh Gas Malaysia, Gas Malaysia Virtual Pipeline Sdn. Bhd. (GMVP) menjalin kerjasama dengan Greenviro Solution Sdn. Bhd. (Greenviro), mengukuhkan lagi komitmen syarikat ke arah penyelesaian tenaga mampan.

Di bawah kerjasama tersebut, GMVP akan beroleh biometana yang dijana di Stesen Pemindahan Sisa Ampang Jajar untuk disuntik ke dalam Sistem Pengedaran Gas Asli (NGDS) Gas Malaysia.

Majlis pecah tanah pembinaan stesen tersebut, yang bakal dikendalikan oleh Greenviro telah diadakan baru-baru ini dan ia dijangka beroperasi pada separuh kedua 2025.

Selain Greenviro, Gas Malaysia juga telah menjalin pakatan dengan pertubuhan lain termasuk pemilik kilang kelapa sawit bagi memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk mendorong kemajuan dalam pelan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Mengulas mengenai penglibatan Gas Malaysia dalam RE, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, usaha memupuk pakatan strategik dengan organisasi yang berkongsi nilai yang sama penting untuk mencapai pertumbuhan mampan.

“Usaha ini selaras dengan Pelan Kemampanan Perniagaan kami yang diumumkan pada November lalu.

“Penggunaan biometana akan membantu mengurangkan jumlah metana yang dibebaskan ke atmosfera, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, sekali gus menyumbang kepada aspirasi sifar bersih negara.

“Sebagai entiti perniagaan yang bertanggungjawab, Gas Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk terus meneroka dan memajukan gas hijau semasa kita bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI