fbpx

Fahmi setuju J-KOM dirombak, diselaraskan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Kementerian Komunikasi, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi bersetuju dengan cadangan supaya Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dirombak bagi memastikan ia bergerak dengan modus operandi (MO) baharu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, wujud keperluan untuk penyelarasan dilakukan terhadap fungsi dalam jabatan berkenaan pada masa depan.

Beliau berkata, pihaknya akui wujud perkara berbangkit mengenai fungsi J-KOM bagi memastikan ia selari dengan hasrat Kerajaan Madani.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat pengumuman berkenaan perkara (rombakan dan penyelarasan J-KOM) berkenaan.

“Sebelum isu ini berbangkit, memang saya sudah meneliti semula fungsi J-KOM dan melihat perlu ada penyesuaian beberapa fungsi tugas,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, selepas ini, pihaknya akan mengubah MO J-KOM, namun ia akan mengambil sedikit masa dan bergerak lebih positif selepas ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini juga telah memutuskan Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) akan diteruskan seperti dirancang biarpun timbul beberapa isu teknikal selepas ia dilancarkan secara rasmi semalam.

Jelas beliau, ketika ini kerajaan mendapati sistem tersebut berjalan dengan lancar, malah isu-isu berbangkit telah berjaya diselesaikan dalam jangka masa singkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI