fbpx

Cuai tarik brek tangan, lori rempuh Honda City hingga terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kemalangan di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak tarik brek tangan dengan kemas, sebuah lori muatan besi merempuh sebuah kereta jenis Honda City sehingga terbalik dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku pukul 10.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku kemalangan semasa lori yang membawa muatan besi telah diletakkan di salah satu pam minyak untuk mengisi bahan api.

“Pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 52 tahun meninggalkan kendaraannya untuk membuat pembayaran di kaunter.

“Dalam masa yang sama, lori tersebut telah bergerak secara mengundur ke belakang lalu melanggar kereta jenis Honda City yang berhenti di simpang jalan stesen minyak untuk memasuki jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sarifudin, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu dan orang awam.

“Kes diklasifikasikan di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (Tidak tarik brek tangan dengan kemas),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, orang ramaii yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI