fbpx

Akaun Facebook palsu ‘Dzulkefly Ahmad’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly seru orang ramai untuk tidak mempercayai akaun FB palsu yang menggunakan namanya.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berhubung kewujudan akaun Facebook palsu menggunakan namanya.

Dzulkefly dalam satu kenyataan berkata, beliau menafikan terbabit dengan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama ‘Dzulkefly Ahmad’.

“Satu aduan rasmi kepada MCMC (SKMM) telah dibuat pagi ini untuk tindakan selanjutnya pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Orang ramai diminta untuk mengabaikan sebarang hantaran daripada penama akaun berkenaan serta-merta bagi mengelakkan sebarang kebocoran dan penyalahgunaan maklumat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik tiga keping gambar akaun palsu tersebut.

Gambar yang dikongsikan itu turut mempamerkan pemilik akaun palsu tersebut cuba memperdaya orang awam menerusi mesej dengan meminta nombor telefon peribadi mangsa dengan alasan ingin menjemput masuk ke dalam kumpulan ‘update info Malaysia’.

Tinjauan Kosmo! mendapati hantaran pertama yang dibuat adalah pada 25 Disember lalu dan akaun palsu tersebut memiliki 54 rakan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI