fbpx

‘Untung tak banyak, tapi kami masih bertahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorwarda menunjukkan makanan yang dijual di Rumah Kedai Tiga Ringgit di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Walaupun menjual pelbagai aneka makanan Barat dengan harga RM3 setiap pek, seorang peniaga di Jalan Datuk Kumbar, di sini, tetap mampu meraih keuntungan.

Menurut Noorwarda Mohd. Noor, 31, yang juga pemilik Rumah Kedai Tiga Ringgit, selain meraih pendapatan sebagai peniaga vendor, jualan murah itu bagi berkongsi rezeki dengan orang ramai terutama yang kurang berkemampuan.

“Untung memang tak banyak tetapi masih bertahan kerana saya mula berniaga sejak Jun lepas. Begitu juga vendor lain yang meletakkan makanan mereka di kedai ini semuanya RM3.

“Terdapat lebih 100 jenis makanan di kedai ini merang­kumi masakan tradisional Melayu, Jawa, barat, Cina dan Korea termasuk pencuci mulut,” katanya.

Menurut Noorwarda, menu paling popular adalah tomyam mi segera udang galah, kam­bing panggang dan makaroni keju.

“Kebanyakan vendor mereka senasib dengan saya yang terpaksa menutup kedai atau restoran ketika pandemik Co­vid-19 melanda. Dahulu saya juga mempunyai restoran
makanan Barat tetapi terpaksa tutup selepas pandemik,” ujar­nya.

Noorwarda memberitahu, kedainya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu bermula pukul 12 tengah hari dan dikunjungi lebih 500 pelanggan sehari dari Alor Setar dan daerah lain.

“Kami beroperasi sehingga semua makanan habis. Setiap hari, kami berjaya menjual antara 2,000 hingga 3,000 pek makanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI