fbpx

Tokoh kenamaan, ‘jerung dadah’ tidak lagi terlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA- Golongan kenamaan dan ‘jerung dadah’ kini dilaporkan tidak akan terlepas daripada disiasat pihak berkuasa dalam usaha kerajaan membanteras rasuah dan dadah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu jarang berlaku dalam mana-mana negara, apatah lagi negara membangun.

“Kamu curi dana negara, kamu punggah kekayaan negara, sama ada kamu Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri, kamu ingat, kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

Anwar membuat penegasan itu ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini yang memberi fokus untuk menyalurkan bantuan subsidi secara bersasar kepada golongan memerlukan.

Anwar berkata, kegigihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melawan rasuah dengan menyiasat tokoh dan individu tanpa mengira pangkat wajar dipuji.

“Ia termasuk ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam membanteras sindiket dadah terbesar di Sabah.

“Ratusan ribu anak terlibat dengan dadah berbelanja ratusan juta ringgit. Ia sukar diambil tindakan terhadap tauke dan pengedar besar. ‘Salute’ kepada PDRM,” katanya.

Tahun lalu, beberapa tokoh perniagaan dan bekas menteri kanan antara kenamaan yang disiasat SPRM berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.

Malah, sebelum ini, PDRM turut berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Ekoran itu, ketua sindiket bergelar Datuk antara 10 individu ditahan di dalam operasi khas berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI