fbpx

Tiga jam keluarkan tapir 300kg patah kaki dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tapir yang cedera di Jalan Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Seekor tapir betina yang patah kedua-dua kaki berjaya diselamatkan dalam tempoh lebih tiga jam selepas terperangkap dalam parit kebun kelapa sawit sedalam 0.6 meter di Jalan Parit 16, Sungai Panjang di sini, semalam.

Difahamkan tapir seberat 300 kilogram (kg) tersebut cedera selepas dilanggar kenderaan pada Sabtu lalu sebelum sesat dan memasuki kebun kelapa sawit.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sabak Bernam, Mohd. Hairi Ibrahim berkata, sepasukan lima anggota dari Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Pemeriksaan mendapati seekor tapir mengalami kecederaan patah kedua-dua kaki belakang. Anggota APM kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi mendapatkan bantuan menyelamatkan haiwan itu.

“Usaha menggunakan peralatan dan sangkar itu sukar kerana berat tapir berkenaan dianggarkan lebih 250 kg,” katanya hari ini.

Jelas Mohd. Hairi, pihaknya turut mendapat bantuan kekuatan seramai tujuh orang daripada Perhilitan namun faktor tebing tinggi dan keadaan tapir yang lemah juga menyulitkan operasi berkenaan.

“Haiwan itu kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI