fbpx

Tiada mayat pelajar dalam perut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya jantan yang berjaya ditangkap oleh SFC di sungai Samariang Aman.

KUCHING – Tiada sebarang penemuan mayat manusia di dalam perut buaya yang ditangkap di Lorong 2C, Samariang Aman di sini selepas proses bedah siasat dilakukan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini.

Buaya jantan yang dianggarkan sepanjang 3.3 meter dan seberat 250 kilogram itu ditangkap SFC pada pukul 10.30 malam tadi.

“Proses bedah siasat hanya menemui plastik, sampah sarap dan sisa haiwan termasuk ayam yang digunakan sebagai umpan di dalam perut reptilia tersebut,” kata SFC dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, SFC mengingatkan semua komuniti yang tinggal berhampiran sungai agar tidak membuang sampah sesuka hati kerana akan mengundang buaya ke kawasan berkenaan.

Pemburuan buaya di sungai Samariang Aman dibuat susulan kes seorang pelajar tingkatan tiga yang dibaham reptilia tersebut ketika menyelam untuk menarik pukat yang tersangkut.

Kejadian berlaku pada 23 Disember lalu, sebelum mayat Mohammad Faqrul Zaimi, 15, dari Kampung Moyan Laut ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sehari selepas kejadian.

Ketika kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya sedang memancing serta menjala di sungai Samariang Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI