fbpx

Tebuk usus keluarkan najis bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof (kiri) ketika menziarahi Nur Syyahedatul yang kini terpaksa bergantung kepada beg stoma untuk membuang air besar di rumahnya di Taman Dato Ajib, Endau, Mersing baru-baru ini.

MERSING – Usianya baharu enam bulan, namun pende­ritaan yang terpaksa ditanggung seorang bayi perempuan berusia enam bulan dari Taman Dato Ajib Endau di sini cukup besar.

Bayi berkenaan, Nur Syyahedatul Aaleesha disahkan tidak mempunyai lubang dubur sejak dilahirkan.

Ibunya, Norsafikah Mamat Rafi, 27, berkata, Nur Syyahedatul kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada beg stoma untuk membuang air besar.

Katanya, dia pada awalnya tidak menyangka anak bongsu daripada dua beradik itu akan berdepan dengan kesulitan tersebut memandangkan Nur Syyahedatul tidak mempunyai masalah kesihatan ketika dilahirkan.

“Saya mulai perasan anak mengalami masalah selepas dia terlalu kerap menangis sehingga saya dapati dia membuang air besar melalui kemaluannya.

“Dia menangis seolah-olah macam orang ada penyakit sembelit. Dari situ baru saya tahu dia ada masalah sebelum dirujuk kembali ke hospital.

“Untuk sementara waktu, doktor menebuk ususnya agar dia boleh membuang najis melalui saluran ke beg stoma. Nur Syyahedatul dijangka menjalani pembedahan pada bulan ini,” kata­nya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.

Ibu tunggal itu berkata, buat masa ini dia memerlukan bantuan beg stoma yang berharga RM18 sekeping.

Katanya, setiap beg ber­kenaan boleh digunakan selama tiga hari, namun dia terpaksa menggantikan beg baharu lebih awal jika keadaan tidak meng­izinkan.

“Anak sulung berumur 5 tahun. Di sini kami tinggal sembilan orang bersama ibu dan adik-bera­dik lain. Saya pula hanya bekerja sebagai penjual air untuk menampung keperluan anak-anak.

“Buat sementara ini, saya amat memerlukan bantuan beg stoma untuk anak yang memang menjadi keperluannya sebelum pembedahan membuat lubang di dubur yang akan dilakukan di hospitalKuantan tahun depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan ban­tuan boleh salurkan ke akaun Public Bank bernombor 6822-088-520 atas nama Norsafikah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI