fbpx

Subsidi kerajaan pernah tersasar suatu ketika dahulu – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerajaan pernah tersasar berhubung subsidi kepada rakyat pada satu ketika dahulu dan ia perlu diperbaiki.

Ahmad Zahid berkata, berikutan itu, satu langkah perlu diambil dan melalui pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) ketika ini tepat pada masanya dalam memastikan hanya golongan layak sahaja boleh menerima subsidi dari kerajaan.

“Ini (PADU) merupakan satu langkah kehadapan patut dilaksanakan, kerana kita lihat bahawa subsidi kita tersasar suatu ketika dahulu dan harus kembali ke landasan bagi menentukan siapa yang berhak memperoleh subsidi.

“Saya fikir subsidi kita antara tertinggi di dunia… di Arab Saudi umpamanya, minyak (bahan api) tidak serendah dahulu… tetapi kita subsidi masih rendah dan dinikmati oleh semua orang termasuk warga asing.

“Saya berpendapat ia harus dilaksanakan dengan segera supaya kita boleh lakukan penjimatan dan banyak program pembangunan dapat disalurkan dari penjimatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Peluncuran PADU disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI