BANYAK perkara yang dijanjikan oleh kerajaan pada tahun 2024 ini terutama dalam mengukuhkan sosio-ekonomi selain meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya. Paling ketara adalah pengenalan pelbagai inisiatif baharu termasuk pelarasan semula agihan subsidi bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan oleh golongan yang layak. Beberapa insentif dalam bentuk pemberian kewangan juga telah diumumkan, antaranya melibatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Khas Kakitangan Awam. Bantuan Khas Kakitangan Awam kali ini akan menyaksikan penjawat awam gred 56 ke bawah menerima bayaran sebanyak RM2,000…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya