fbpx

Samseng jalanan rempuh meja, kerusi kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi seorang samseng jalanan tersebut.

KLANG – Seorang samseng jalanan tular merempuh kerusi dan meja hadapan sebuah restoran ketika melarikan diri dalam operasi Ambang Tahun Baru, semalam.

Rempuhan kira-kira pukul 3 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pelanggan restoran tersebut.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 22 saat di aplikasi X.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, Op Ambang Tahun Baru itu dilakukan dengan menumpukan kepada aktiviti samseng jalanan di Persiaran Raja Muda Musa.

Katanya, anggota polis yang bertugas ditempatkan di lokasi-lokasi persimpangan tertentu bagi tujuan penutupan jalan bagi mengelakkan samseng jalanan meloloskan diri.

Semasa serbuan dijalankan terdapat samseng jalanan bersaing semasa sendiri untuk menguji kelajuan motosikal masing-masing kemudiannya cuba melarikan diri dari ditahan.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggangi laju dan berbahaya oleh seorang lelaki cuba dihalang namun berjaya melarikan diri.

“Penunggang tersebut turut merempuh kerusi dan meja pelanggan yang berada di hadapan sebuah restoran,” katanya hari ini.

Justeru, beliau menegaskan satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan pihaknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI