fbpx

‘Proses awal sebelum ke Piala Dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Harimau Malaya telahpun berlepas ke bumi Qatar awal pagi semalam bagi menjalani latihan fasa kedua untuk menghadapi kempen Piala Asia bermula 12 Januari ini. – FAM

PENGALAMAN di pentas Piala Asia boleh dikatakan sebagai ‘proses awal’ buat Harimau Malaya untuk bersaing pada kejohanan lebih berprestij seperti Piala Dunia pada masa depan.

Pemain sayap utama negara, Faisal Halim mengakui, bukan mudah buat barisan pemain menyerap tekanan, tetapi turut berharap dia dan rakan sepasukannya dapat melakukan yang terbaik sepanjang kejohanan di Qatar nanti.

Kata Faisal, beraksi di peringkat tertinggi menjadi impian buat mana-mana pemain tempatan dan mungkin ini sebagai langkah awal sebelum mereka bersaing di pentas Piala Dunia nanti.

“Sudah tentu Piala Asia cukup penting. Ketika saya kecil pun saya tidak terfikir untuk bermain di kejohanan tertinggi seperti ini kerana ia menjadi rebutan buat semua pemain.

“Kita berada di landasan terbaik kerana dapat layak secara automatik ke pentas Piala Asia selepas 43 tahun. Kita ambil satu demi satu langkah.

“Siapa tahu selepas ini rezeki kita untuk layak ke Piala Dunia kerana tiada siapa boleh jangka. Semuanya hasil kerja keras kita semua,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam.

Tonggak Selangor FC yang mesra dengan panggilan Mickey itu menyeru agar rakan-rakan­nya tidak fikir terlalu jauh dengan fokus pada satu demi satu perlawanan dalam peringkat kumpulan di Qatar nanti.

“Setiap pemain perlu bersedia secara mental dan juga fizikal bagi memberikan prestasi yang terbaik. Kita tidak perlu fikir terlalu jauh dan fokus pada peringkat kumpulan dahulu.

“Sekiranya kita layak ke pusi­ngan seterusnya (16 terbaik) juga sudah cukup positif, tetapi ia bukan tugas yang mudah,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E dan dijadualkan menentang Jordan pada 16 Januari, disusuli aksi menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI