fbpx

Polis cari Fauziah bantu siasatan kes tipu pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah

JEMPOL – Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini yang berlaku penghujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, individu berkenaan, Fauziah Abdul Hamid, 40, beralamat terakhir No 18, Jalan Pulau Lumut U10/76G, Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, kini merupakan orang yang dikehendaki polis.

Menurutnya, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan individu tesebit bersangkut kes Ayer Hitam 1603/23 yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat BSJK IPD Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017- 6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.

25 Disember tahun lalu media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Abang kepada pengantin perempuan, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, berkata, ini adalah kali pertama dia sekeluarga tertipu dengan pakej katering dan pengantin sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI