fbpx

Pesawat Japan Airlines terbakar, 5 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT Japan Airlines terbakar selepas bertembung dengan kapal terbang milik Pengawal Pantai di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini. - Foto AFP

TOKYO –  Lima orang maut apabila sebuah pesawat Japan Airlines berlanggar dengan pesawat milik Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini, lapor agensi berita Kyodo.

Mangsa-mangsa yang terbunuh merupakan anggota Pengawal Pantai, manakala kesemua 379 penumpang pesawat komersial tersebut selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Dalam nahas itu, kedua-dua pesawat terbakar, namun penumpang pesawat Japan Airlines sempat keluar dengan selamat.

Menurut polis, lima daripada enam anggota Pengawal Pantai Jepun yang menaiki pesawat kedua disahkan meninggal dunia kecuali juruterbang.

Pesawat Pengawal Pantai yang berpangkalan di lapangan terbang tersebut dilaporkan sedang bergerak di landasan sebelum ia bertembung dengan pesawat Japan Airlines kira-kira pada pukul 5.50 petang (waktu tempatan).

Kebakaran tersebut menyebabkan empat landasan di lapangan terbang berkenaan ditutup, demikian menurut Kementerian Pengangkutan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI