fbpx

Penumpang Rapid KL amuk gara-gara pemandu lambat buka pintu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan kekecohan tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tular dalam media sosial mengenai rakaman video memaparkan seorang penumpang bas Rapid KL berang dengan memarahi pemandu kenderaan awam tersebut gara-gara pintu lambat dibuka.

Menerusi perkongsian di aplikasi X @MALAYSIAVIRALLL, penumpang wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan pemandu kerana perlu menunggu lama selain mengugut untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak atasan.

Kedua-dua penumpang dan pemandu bas terbabit dilihat merakam insiden kekecohan tersebut dengan menggunakan peranti masing-masing sebagai bukti.

“Kau ingat kau (pemandu bas) seorang sahaja boleh rakam, aku ralam tadi waktu kau berhenti lama kat tepi jalan. Aku rakam,” kata penumpang itu.

Membalas ‘serangan’ penumpang itu, pemandu bas terbabit cuba menenangkan wanita tersebut dengan nada lembut selain menganggap itu adalah pengalaman kali pertama dia menaiki Rapid KL sebagai bas perantara transit aliran masa (MRT)

“Adik tak biasa lagi naik bas ini” kata pemandu tersebut.

“Apa tak biasa? Tadi saya scan (imbas) untuk naik. Hanya sebab saya guna pengangkutan awam, korang (kalian) biar tepi jalan macam ini? Hendak merendahkan pengangkutan awam ke?

“Kenapa tak boleh masuk bas MRT? Ini bukan kali pertama saya naik bas MRT, mana ada bas berhenti waktu kosong macam itu.

“Bagi saya nombor khidmat pelanggan, saya nak hubungi bos awak dan tanya,” tegas penumpang terbabit.

Pada masa sama, pemandu bas itu cuba menerangkan kepada penumpang terbabit sebab dia tidak membuka pintu bas dengan lebih awal.

“Bas ini sebenarnya nak masuk MRT (stesen) ada masa. Ada masa berlepas dan masuk MRT,” jelasnya.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi diberikan netizen dan rata-rata mereka mengecam kelakuan penumpang terbabit termasuk tindakannya meninggikan suara kepada pemandu bas.

“10 tahun saya naik bas Rapid KL pun sama kak. Dia tak akan buka selagi tidak waktu dia (bas) bergerak. Dia buka, gerak selepas itu penuh baru dia gerak. ‘Over’ (berlebih-lebih) kakak ini,” ciap @situsanasini777.

“Kak, bas itu ada jadual dia nak masuk ke stesen MRT, kalau dia sampai awal atau belum sampai masa lagi, walaupun dah ada di hentian, pintu bas tak boleh buka untuk awak (penumpang),” komen @sunshine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI