fbpx

Guru meninggal dunia lebih seminggu ditemui dalam rumah sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asyraf menunjukkan rumah disewa guru wanita yang ditemui mati di Pengadang Baharu, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui di dalam rumah sewanya di Pengadang Baru di sini semalam.

Mangsa yang merupakan pendidik di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dipercayai sudah meninggal dunia lebih 10 hari lalu. Mayatnya ditemui oleh pemilik rumah pada pukul 5.40 petang.

Mohd. Asyraf Bakri, 30, berkata, dia dan ibunya berkunjung ke rumah sewa tersebut semalam setelah si mati gagal dihubungi sejak 21 Disember lalu.

“Niat kami untuk meminta duit sewa selain risau dengan keadaannya memandangkan dia yang sudah 13 tahun menyewa gagal dihubungi.

“Sebaik tiba di rumah tersebut, kami berasa tidak sedap hati selepas terhidu bau busuk sebelum memohon bantuan polis untuk membuka pintu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pengadang Baharu hari ini.

Mohd. Asyraf berkata, sebaik pintu dibuka, mereka terkejut apabila melihat mayat guru wanita tersebut dalam keadaan terbaring di tepi dinding.

“Arwah yang masih bujang sudah menyewa rumah ini sejak 13 tahun lalu. Dia kurang bergaul dan kebanyakan pergerakannya menggunakan kereta sewa (e-hailing),” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din memberitahu, siasatan awal pihaknua percaya kematian mangsa tiada kaitan dengan unsur jenayah. Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI