fbpx

Kongsi e-LKM dibenarkan mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika meninjau operasi di JPJ Selangor, Padang Jawa Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Orang ramai boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau cukai jalan digital menerusi aplikasi MyJPJ bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, fungsi baharu itu membantu pemilik kenderaan berkongsi e-LKM dengan individu lain sama ada ahli keluarga dan rakan.

Jelas beliau, pemilik kenderaan hanya perlu menekan nombor plat kenderaan dan butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian tersebut.

“Fungsi ini mempunyai tempoh had masa perkongsian yang ditetapkan oleh pemilik dan kod pengaktifan perlu diberikan kepada penerimanya.

“Sistem itu akan menghapuskan rekod perkongsian jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam,” katanya selepas meninjau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Padang Jawa di sini, hari ini.

Menurut Siew Fook, inisiatif itu bertujuan membantu pemandu yang memandu kenderaan individu lain untuk menunjukkan cukai jalan kepada pihak berkuasa.

“Sebagai contoh, Encik Ahmad berhasrat mahu menggunakan kenderaan milik bapanya dalam tempoh seminggu

“Sebelum menggunakan kenderaan itu, bapanya boleh membuat perkongsian e-LKM kepada menerusi fungsi aplikasi MyJPJ,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI