fbpx

‘Kodok’ dapat resit, bukan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'kodok' didakwa disaman penguat kuasa

MELAKA – Tular satu klip video di media sosial sejak semalam memaparkan maskot ‘kodok’ didakwa dikenakan saman oleh penguat kuasa negeri sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai yang bersimpati dengan nasib peraih jalanan itu.

Datuk Bandar, Datuk Shadan Othman ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu, kertas diberikan bukanlah notis saman tetapi resit bayaran permit sementara yang dibuat oleh individu terbabit untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

“Kodok bukanlah dikenakan saman atau kompaun seperti yang ditularkan tetapi resit bayaran permit sementara dibuatnya bagi Program Santai@Banda Hilir pada setiap hari Sabtu.

“Permit sementara ini adalah untuk mengawal pendatang asing daripada melakukan pekerjaan kostum sebegini yang pernah diadukan oleh orang ramai,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, program Santai@Banda Hilir itu telah dijalankan sejak Ogos 2023 dan penguat kuasa MBMB telah mengeluarkan permit kebenaran untuk pelbagai aktiviti perniagaan di kawasan itu termasuk maskot.

“Pihak kami berharap orang ramai tidak bertindak terburu-buru untuk menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kurang menyenangkan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI