WASHINGTON – Seorang peminat paranormal di New Hampshire mengesan apa yang dipercayainya sebagai hantu ketika menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps di Tanah Perkuburan Gilson, bandar Nashua, lapor akhbar New York Post semalam.
“Saya rasa mungkin saya baru sahaja menemui hantu atau hantu yang pertama di Google Maps,” kata Amy Pendleton dalam klip video di TikTok yang tular.
Ketika kejadian, Pendleton mengarahkan penonton melayari Google Maps di Tanah Perkuburan Gilson.
Wanita itu kemudian menggunakan paparan panorama 360 darjah di kawasan tersebut dan dia dapat mengesan wajah kabur seolah-olah sedang melihat di sebalik satu set dinding batu.
Ketika difokuskan dari jarak dekat, ia kelihatan seperti kepala dan tubuh lelaki pertengahan umur yang memandang ke arah penonton.
Seorang netizen kemudian mengulas gambar itu dengan menulis: “Itulah yang mereka panggil penjaga kubur.” – AGENSI