fbpx

Kapal perang Iran memasuki Laut Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRAN menghantar kapal pemusnah Alborz di Laut Merah. - Defence Security Asia

TEHERAN – Kapal pemusnah Iran, Alborz dikesan memasuki Laut Merah melalui Selat Bab al-Mandeb, lapor agensi berita Tasnim semalam ketika ketegangan memuncak di laluan perairan global itu.

Agensi tersebut tidak memberikan alasan khusus bagi penghantarannya ke Laut Merah tetapi menyatakan bahawa kapal perang Iran telah beroperasi di rantau tersebut sejak 2009 lagi.

“Kapal pemusnah Alborz memasuki Laut Merah melalui Selat Bab al-Mandeb, laluan hujung selatan Laut Merah yang menghubungkan Teluk Aden di Lautan Hindi,” kata agensi itu.

Pada awal Disember lalu, Amerika Syarikat (AS) menubuhkan pasukan khas tentera laut antara negara untuk mengawal Laut Merah dari segi keselamatan.

Ia dilakukan berikutan serangan peluru berpandu dan dron oleh kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yemen. Serangan tersebut dilakukan terhadap kapal-kapal dagang berkaitan Israel sehingga menyebabkan syarikat perkapalan menangguhkan laluan di kawasan itu.

Kumpulan itu berkata, serangan tersebut dilakukan sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang diserang tentera Israel sejak 7 Oktober tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI