fbpx

JPJ sahkan dengan PDRM jumlah kemalangan, kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar di JPJ Selangor hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mendapatkan pengesahan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai jumlah sebenar kematian dan kemalangan maut di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sudah meminta Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha meneliti statistik tersebut.

“Angka itu belum disahkan setakat ini dan saya rasa mungkin ada kekeliruan antara kematian dan kemalangan maut.

“Kedua-duanya adalah perkara berbeza dan saya sudah meminta Ketua Pengarah JPJ, membuat pengesahan lanjut dengan PDRM mengenai angka itu,” katanya selepas meninjau JPJ Selangor, Padang Jawa di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan sebanyak 598,635 kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara bermula 1 Januari sehingga 30 Disember lalu berdasarkan statistik PDRM.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, jumlah itu turut meliputi 5,984 kes kemalangan maut dengan secara keseluruhannya seramai 6,433 mangsa dilaporkan maut bagi tempoh berkenaan.

Mengulas lanjut, kata Siew Fook, pihaknya sentiasa memandang serius apa jua angka kemalangan maut dan kematian.

“Kita akan mempertingkatkan lagi kempen keselamatan jalan raya terutama advokasi kepada pelajar sekolah.

“Selain itu, penguatkuasaan akta dan peraturan jalan raya sedia ada juga akan dikaji semula,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI