fbpx

Hujan berterusan peringkat waspada di Johor hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengemas kini amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan negeri Johor di Mersing dan Kota Tinggi, berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Januari.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di selatan Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah sehingga 7 Januari.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, jabatan tersebut turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 4 petang ini.

Katanya, keadaan tersebut diramal berlaku di Perak melibatkan kawasan Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Selain itu, ia juga dikeluarkan bagi negeri Selangor (Sabak Bernam) dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru),” jelasnya.

Bagi Sarawak pula, antara kawasan yang terlibat ialah Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Tambah MetMalaysia, antara kawasan lain yang diramal dilanda hujan lebat petang ini adalah di Sabah iaitu di kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI