fbpx

Ernie Zakri ‘rehatkan’ suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE kini dalam fasa memulihkan kembali suaranya yang 'hilang' sejak bulan lalu.

PENYANYI Ernie Zakri kini berehat daripada aktiviti nyanyian buat sementara waktu bagi memulihkan semula keadaan suaranya yang terjejas sejak bulan lalu.

Menurut Ernie, 31, suaranya mula terjejas pada hari bertanding Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada Disember lalu.

“Ini adalah saya sejak beberapa hari lalu. Suara saya sudah ‘hilang’ pada hari SFMM38 dan kini dalam tempoh pemulihan.

“Saya perlu rehatkan suara tetapi terlalu banyak komitmen perlu dilakukan,” kata pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri dalam InstaStory semalam.

Dia yang popular menerusi lagu Ku Bersuara itu seterusnya memohon orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya bertambah baik sekaligus memulihkan suara yang terjejas.

“Semoga Allah SWT izinkan dan permudahkan. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Ada juga yang sedar suara saya tidak sihat. Insya-Allah akan rehat sebentar, minggu ini kurang menyanyi. Doakan ya,” kongsinya.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada penyanyi, Syamel itu dilihat sedang menyedut nebulizer.

Terdahulu, pada SFMM38 lalu, Ernie mempetaruhkan lagu Astana sebelum diumumkan berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI