fbpx

EPL: Situasi Arsenal makin parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kiri) menunjukkan reaksi kecewa selepas tewas 1-2 kepada Fulham malam kelmarin. - AFP

PELUANG Arsenal untuk menamatkan penantian 20 tahun mendakap trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 2004 bagai dalam mimpi sekiranya terus membuang tiga mata berharga seperti kekalahan 1-2 kepada Fulham di Craven Cottage malam kelmarin.

Pengurusnya, Mikel Arteta tidak menunggu lama apabila menyelar persembahan anak-anak buahnya yang disifatkan sebagai terburuk di bawah bimbingannya sejak beliau mula dilantik menduduki kerusi No. 1 itu pada 22 Disember 2019.

Biarpun memegang 61 peratus penguasaan dengan jaringan awal melalui Bukayo Saka, tetapi ia langsung tidak memberi kelebihan apabila ‘menghadiahkan’ deretan peluang kepada Fulham sehingga berjaya meledak dua gol menerusi Raul Jimenez dan Bobby De Cordova-Reid.

Menurut ramalan Opta berdasarkan algoritma super komputer, kekalahan itu menyaksikan The Gunners hanya memiliki 5.3 peratusan untuk menjulang kejuaraan EPL musim ini berbanding Manchester City dengan 63.6 peratus diikuti Liverpool menerusi 27.8 peratus.

Situasi itu nyata membimbangkan kerana ini adalah kekalahan kedua berturut-turut selepas dikejutkan West Ham United minggu lalu selain hakikat Arsenal baru berjaya mengutip satu kemenangan daripada lima perlawanan terakhir EPL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI