PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di Johor dan Sarawak, pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 11 pagi nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing, Johor.
“Selain itu, cuaca buruk juga diramal di Sarawak melibatkan Samarahan (Asajaya dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” katanya dalam hantaran sama.
Bagaimanapun, menurut MetMalaysia, semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dilaporkan mengalami cuaca cerah sehingga awal petang ini. – KOSMO! ONLINE