fbpx

Bukan anak tapi Michelle Yeoh timang cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FOTO memaparkan pelakon Tan Sri Michelle Yeoh memegang kaki bayi dalam Instagram hari ini mengundang tanda tanya ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Michelle, 61, melahirkan rasa teruja namun ramai tertanya-tanya sehingga ada yang membuat andaian bayi tersebut adalah anak angkat aktres itu dengan suaminya, Jean Todt memandangkan dia tidak pernah dilaporkan hamil sebelum ini.

“Sedikit keajaiban pada hari pertama tahun 2024 dan kami berasa sangat diberkati.

“Tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya kami dengan hadiah istimewa ini,” kata bintang filem Everything Everywhere All at Once itu.

Melihat ramai membuat andaian sendiri, Michelle seterunya meleraikan tanda tanya ramai dengan memberitahu bayi tersebut adalah cucunya yang bernama Maxime.

Difahamkan, Maxime merupakan bayi kepada Nicholas Todt yang merupakan anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu suaminya.

“Terima kasih Nicholas dan Darina kerana menjadikan kami sebagai datuk serta nenek paling bahagia. Selamat datang Maxime,” kongsinya yang juga pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Terdahulu, Michelle atau nama penuhnya Michelle Yeoh Choo Kheng, mendirikan rumah tangga dengan Todt yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari pada 28 Julai tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI