fbpx

Banyak ‘helah’ untuk masuk syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Orang ramai tidak sedar terdapat banyak cara untuk memasuki syurga dengan salah satunya adalah melalui amalan bersedekah.

Menurut perkongsian Fikri Abid di laman Facebook, bersedekah itu jumlahnya tidak perlu banyak, namun cukup sekadar RM5 asalkan ia dapat memudahkan orang lain.

“Baru-baru ini, saya sempat membeli bihun goreng daripada seorang peniaga. Walau bagaimanapun, sewaktu hendak membayar, peniaga itu minta saya membayar bihun sahaja kerana air sudah ada orang lain yang bayarkan.

“Setelah ditanya, rupa-rupanya ada seorang hamba Allah yang selalu belanja air setiap Jumaat. Pada pukul 11 atau 12 tengah hari, dia akan singgah di kedai tersebut dan bayar (harga minuman),” katanya.

Tambah Fikri, pengalaman itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada terdapat ‘helah’ lain untuk mendapatkan pahala seperti mana yang dilakukan oleh hamba Allah terbabit.

“Rupa-rupanya ada banyak lagi cara lain. Ada orang yang bersedekah RM50 dan kemudian minta peniaga tolak RM1 daripada pembelian 50 pelanggan yang pertama.

“Ada juga yang membeli kuih-muih di sebuah kedai, namun masih meletakkannya di tempat jualan.

“Nanti, bila ada orang hendak beli, dia boleh ambil secara percuma. Mungkin bagi hamba Allah itu lebih baik buat begitu daripada secara terang-terangan meletak label sedekah pada makanan.

“Itulah, macam-macam ‘helah’ hendak masuk syurga,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI